Kandungan S’DETOX:
S’DETOX mengandungi bahan-bahan ramuan asas alami bermutu tinggi yang berfungsi sebagai kaedah-kaedah yang tertentu dalam mengurangkan masalah ketagihan terhadap rokok.
SENDUDUK (Melastoma Malabathricum)
Fitokimia yang terlibat:
Asid askorbik
=> Lebih dikenali umum sebagai vitamin C
=> Banyak kepentingan untuk kesihatan bagi penyembuhan luka
=> Asid ini terdapat pada buah pokok senduduk
Â
Piridoksina
=> Lebih dikenali sebagai Vitamin B6
=> Terlibat secara meluas dalam fungsi asas otak, iaitu memulih dan menjanakan semula keperluan otak, penghasilan antibiotik, membantu dalam pembebasan tenaga daripada protein-protein yang dihasilkan => Kekurangan vitamin ini biasanya boleh menyebabkan sakit kepala
Â
Mangan
=> Sebagai mineral asas dalam badan
=> Terlibat dalam fungsi anti-oksidaan yang boleh membantu dalam proses pengekalan fungsi asas dalam metabolisme otak dan badan supaya badan perokok lebih cergas dari segi pemikiran dan sebagainya
=> Juga berfungsi untuk melancarkan oksigen dalam darah di otak dan secara tidak langsung pemikiran perokok akan lebih tenang dan teratur
MISAI KUCING (Othosiphon Stamineus)
Umum:
=> Herba misai kucing banyak digunakan untuk memperbaiki sistem saluran kencing dan buah pinggang manusia serta dapat membantu dalam mengelakkan penyakit batu karang. Ini kerana penyakit-penyakit ini sangat berkait rapat dengan masalah sampingan perokok
=> Daun pokok misai kucing yang sudah dikeringkan adalah bersifat iuretik dan boleh membantu dalam menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah bahan toksik sampingan yang dihasilkan oleh perokok
=> Tumbuhan herba ini mempunyai sifat antialergik, nti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi), anti-keradangan (tahan keradangan) dan agen diuretik. Agen diuretik merupakan agen spesifik untuk penyakit kencing manis atau diabetis.
=> Biasanya tumbuhan ini digunakan sebagai rawatan arteriosclerosis iaitu ketidakseimbangan kapilari dan peredaran darah. ini penting untuk sifat peredaran dan kapilari perokok supaya perjalanan darah menjadi lebih lancar. Sifat anti-keradangan juga penting bagi mencegah dan mengubati peparu perokok daripada keradangan (radang peparu)
Fitokimia yang terlibat:
Â
Tanin
=> Sejenis enzim aromatik yang menyebabkan daun misai kucing berasa pahit. Ini disebabkan oleh bahan aktif dalam komponen tersebut iaitu ‘astringen’ yang memberikan ciri rasa pahit pada pokok herba tersebut
=> Dapat menghalang penyerapan gula yang boleh bertindak sebagai agen diuretik. Ini dapat mencegah perokok daripada mudah dihidapi penyakit lain terutamanya kencing manis.
=> Mempunyai sifat anti-oksidaan (asid elagik dalam tumbuhan herba tersebut), mempunyai ciri asas anti-biotik dan juga boleh menyembuhkan luka.
=> Kandungan gula dalam darah perokok boleh dikurangkan dan secara tidak langsung bekalan oksigen akan mengalir dengan lebih lancar dan pengaliran darah juga akan menjadi lebih lancar terutamanya ke otak.Â
Â
DUKUNG ANAK (Phyllantus Niruri)
Umum:
=> Sejenis tumbuhan tropika
=> Dikategorikan sebagai tumbuhan herba kerana biasanya terlibat secara meluas dalam perubatan tradisional, seperti rawatan kencing manis.
=> Keseluruhan bahagian pokok “dukung anak’ boleh digunakan dalam perubatan
Â
Fitokimia terlibat:
Â
Geraniin
=> Enzim yang banyak diinovasikan sebagai bahan pelali dan penenang kesakitan kepada perokok yang aktif
=> Dipercayai banyak terdapat dalam daun pokok Dukung Anak.
Â
Alkaloid
=> Banyak kegunaan dalam penghasilan dadah pada kos yang rendah
=> Mempunyai kesan narkotik yang boleh mengurangkan rasa sakit, boleh merangsangkan sistem saraf supaya otak menjadi cergas. Ini penting untuk mengurangkan kesan ketagihan perokok terhadap rokok
=> Juga membantu dalam merangsang sistem penghadaman dan peredaran darah manusia
Â
Saponin
=> Mempunyai fungsi yang sama seperti ‘glikosid’.
=> Boleh merangsang organ peparu untuk menghasilkan hingus atau lelehan yang banyak supaya lebih senang batuk dan lebih mudah untuk mengeluarkan lebih kahak supaya lebih selesa.
=> Juga mempunyai ciri steroid yang bertindak sebagai anti-keradangan.




















































